Thursday, October 20, 2011

CERITA MALAYSIA : 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tanggal 16 September 2011 yang lalu, saya berangkat ke Pekanbaru Indonesia untuk mengunjungi keluarga dan sebelum saya berangkat ke LCCT , saya transit di KL Sentral dan saya lihat ada pameran mengenai sejarah Malaysia dan karena tertarik saya singgah ke tempat tersebut .
Dan setelah saya singgah di sana dan saya tertarik dengan 7 wasiat Raja-raja Melayu yang ada di pameran tersebut .

Inilah 7 wasiat Raya-Raja Melayu dan Pemimpin-Pemimpin yang dibuat tanggal 31 Agustus 2011 sewaktu kemerdekaan. .

PERTAMA
Kami namakan dan panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu .

KEDUA
Kami isyytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-gunung, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga Nisbah 50%, selebihnya kamu rebutkan bersama-sama kaum yang lain.

KETIGA
Bagi menjaga kamu dan bagi yang melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, Kami telah tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negera dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jami Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

KELIMA
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggung jawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUDKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditamah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Serawak)

Tujuan dibuatnya wasiat ini adalah :

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah akan aman dan damai dan selamat sejahtera".

Dan ketujuh wasiat ini diterjemahkan dalam pengertian secara ringkas.

1. Malaysia - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 2011 1963. Negeri-negerinya terdiri dari : Johor, Kedah, Kelantan, Malaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah , Serawak, Selangor dan Terengganu.

2. Tanah Simpanan Melayu - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

3. Rejimen Askar Melayu - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.

4. Raja-Raja Melayu - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang si-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

5. ISLAM - Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan)
Islam ialah Agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bagian Persekutuan. Raja/Sultan disetiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya.

6. Bahasa Melayu - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

7. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-kaum lain - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan , Permit dan sebagainya Untuk Orang Melayu)


Dan diterbitkan oleh : Jabatan Penerangan Malaysia
                                  Kementrian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
                                  www.penerangan.gov.my

Sumber ini diambil dari Brosur-brosur yang saya ambil sewaktu melihat pameran 1 Malaysia di KL Central Kuala Lumpur. Dan tidak semua saya tulis apa yang ada di brosur itu tapi intinya adalah pemahaman mengenai sejarah Melayu. Dan Setidak-tidaknya saya jadi tahu Mengapa di Malaysia terjadi 2 kali perayaan Hari Merdeka yaitu : 31 Agustus dan 16 September.

Salam,

Kuala Lumpur , 20 October 2011

No comments:

Post a Comment