beberapa artikel ini diambil dari seorang teman dan bila tak ada yang suka ntar saya delete saja..
INILAH BEBERAPA PEDOMAN UNTUK WANITA - KADANG LAKI-LAKI PUN INGIN DIMENGERTI. TAPI INI UNTUK KHUSUS YANG SUDAH MENIKAH. DAN BILA BELUM MENIKAH YACH SILAHKAN MENIKAH.
1.
Terima Lelaki
agar Dia Menerima Anda
Mungkin
tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah
lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda
mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu
mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia
mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak
menyukai anda.
2. Fahamilah
Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba
memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu
dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan
bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan
dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba
memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah
Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya
anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan
mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah
perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar
berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai
yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup
Memberi Untuk Menerima
Di
atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi
lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu,
anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya
Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki,
janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada
yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada
anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada
anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula
untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan
Lelaki Untuk Menang
Mengenal
lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri,
sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan
ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah
memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak.
Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi
porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang
boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat
Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai
wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat
pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan
suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat
sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah
seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami
anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan
sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab
Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya
tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini
menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang
digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan
anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan
Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan
merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki.,
menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada
anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri
Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia
akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia
iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang
dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkandan
hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang
boleh anda berikan.
11. Tunjukkan
Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia
akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya,
walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun
kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada
anda.
12. Senyuman
Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda
tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia
akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah
nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki
suka pada anda.
13. Panggilah
Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana
anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut,
begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan
manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati
Dia Sebagai Lelaki
Dia
akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami
sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang
sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan
memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah
menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah
Dengan Baik
Antara
masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak
mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan
oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah
Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki
tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya
diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi
kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau
membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah
Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia
akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka
merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian
berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup
menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan
Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila
anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal
mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan
berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi
dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami
anda.
19. Elakkan
Pergaduhan
Ada
wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya,
kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya.
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan
pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan
Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya
anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari
kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras
kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa
bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, danmungkin
bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup
Bukan Hanya Di Dunia
Banyak
masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan
tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung
kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab
anda terhadapnya.
From:
"Sarina Mansor" <sarinamansor@hotmail.com>
No comments:
Post a Comment